kali ni pasal... kisah yg sweet dr Rasulullah....
1. tentang kisah rasulullah dng isteri baginda Aisyah... Aisyah tersilap masukkan garam dlm kopi rasulullah..bila baginda minum, kopi tersebut masin...
tpi Rasullullah tak marah aisyah...
baginda mmanggil aisyah dan berkata kita dh lama tak minum secawan...
kmudian aisyah pon minum kopi tersebut dan rasa kopi tersebut masin..lalu aisyah minta maaf kpd baginda kerana kesilapan nya...
Mereka berbincang-bincang santai, sampai akhirnya diantara isteri-isterinya itu bertanya pada Rasulullah saw
“siapakah diantara isteri-isteri baginda yang paling baginda cintai?”.
Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, “baiklah, akan kuberitahu nanti.”
Setelah pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan cincin kepada isterinya, satu persatu. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isterinya yang lain.
gambar hiasan semata-mata....
Pada hari yang lain mereka berkumpul lagi, dan ternyata mereka mempertanyakan hal yang sama: “baginda, siapakah diantara isteri-isteri baginda yang paling baginda sayangi?”.
Rasulullah tersenyum, lantas menjawab “Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin”.
Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya dirinya saja yang dihadiahi cincin dan hanya dirinya yang tidak diasingkan.
sweet sangat.. :)
3. Dari Aisyah r.a, dia berkata."Aku pernah tidur bersama Rasulullah s.a.w di atas satu tikar ketika aku sedang haid.Apabila darah ku menitis di atas tikar itu, Baginda mencucinya pd bhgn yg terkena titisan darah & baginda tidak berpindah dari tempat itu, kemudian beliau sembahyang di tempat itu pula, lalu Baginda berbaring kembali di sisiku.Apabila darah ku menitis lagi di atas tikar itu, Baginda mencuci pd bhgn yg terkena titisam darah itu saja & tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda pun sembahyang di atas tikar itu.."
( Hadis Riwayat Nasai ).
4. Rasulullah saw paling banyak bergurau senda bersama isterinya.
Suatu hari datang Saodah (salah seorang isteri Nabi SAW) kerumah Aisyah. Lalu Nabi SAW duduk diantara Aisyah dan Saodah dan meletakkan kaki beliau diatas pangkuan mereka.
Ketika Aisyah menjemput Saodah makan, ia menolaknya kerana tidak berselera. Lalu Aisyah berkata :
“(Demi Allah), makanlah atau aku akan mengotori wajahmu”.
Saodah menolak dengan berkata : Aku tidak akan memakannya”.
Lalu Aisyah mengambil makanan dan disapukan ke wajah Saodah.
Rasulullah SAW tertawa. Kemudian Rasulullah menyuruh Saodah membalas semula dengan mengotori wajah Aisyah. Setelah Saodah mengotori wajah Aisyah, Rasulullah terus tertawa.
(an-Nasai’e, Ibn Abi Dunya)
Kisah ini merupakan senda gurau Nabi SAW bersama isteri-isterinya.
No comments:
Post a Comment